Mashoor.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isu pelarian di negara kita

Go down

Isu pelarian di negara kita Empty Isu pelarian di negara kita

Post by matasura Thu Mar 18, 2010 7:06 pm

Assalamualaikum semua...

nak kongsi dengan semua dan mohon pendapat...

skrg nih saya dalam kursus community development dibawah kelolaan UNHCR. UNHCR nih salah satu agensi UN (PBB) yang menjaga isu pelarian. Antara peserta kursus adalah dari pihak UNHCR sendiri, wakil2 pelarian, dan dari NGO dari pelbagai latar belakang..

utk pengetahuan semua, pelarian ini ada mcm2 jenis...yg popular ialah pelarian Rohingya, namun ada juga pelarian dari Afghanistan, Iraq, Somalia dan juga Myanmar. Dari Myanmar nih ada bnyk jenis etnik, contohnya Rohingya, Burmese Muslim, Chin, Karen dan mcm2 lagi...

kursus yang saya jalani skrg nih melibatkan cara utk membantu komuniti pelarian. dan kita perlukan lebih banyak agensi atau NGO utk membantu mereka...

Dalam salah satu diskusi yang dijalankan kita dapati pelarian dari Chin dan Karen, diorang banyak dibantu oleh pihak gereja kerana ramai dari mereka adalah dari golongan kristian. Kaedah mereka, saya lihat agak sistematik dan kebanyakan pelarian Chin dan Karen dapat hidup dengan selesa berbanding dengan pelarian lain seperti Somalia, Rohingya dan Afghanistan yang majoriti beragama Islam. Cadangan timbul sekiranya dapat melibatkan institusi masjid untuk membantu golongan pelarian yang beragama Islam. Saya setuju, walaupun cadangan ini datangnya dari orang bukan Islam sendiri. Saya rasa agak malu sedikit kerana saya sendiri tak tahu samada ada atau tak institusi masjid yang sudah terlibat dalam aktiviti utk membantu pelarian yang merupakan saudara seagama kita. Kita sendiri tahu masjid sepatutnya menjadi pusat komuniti untuk masyarakat setempat.

saya perlukan cadangan dari kawan2 semua tentang hal ini. adakah ada masjid yang sudah terlibat dengan membantu pelarian kita ini? sekiranya ada, mungkin banyak perkara dapat dibincangkan dah dikongsi bersama...
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum