Mashoor.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga Gula Naik 20 Sen.

4 posters

Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by jaMaL Tue Jan 05, 2010 11:23 pm

Harga gula naik 20 sen mulai Jan 2010

TERKINI

PUTRAJAYA, Dis 31 — Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai esok.

Kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen AS bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen AS, kerajaan perlu menaikkan harga gula,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira satu sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

“Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada lima sen,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.

“Pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian,” katanya.

Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari ini dan ia boleh dilakukan mulai esok berasaskan pertimbangan mereka.

jaMaL ~ idea yg bagus utk kesihatan....tu dia selaras dgn slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, keuntungan di utamakan, idea yg kureng bagus, harga teh tarik naik lagi....kwang³.
jaMaL
jaMaL
Moderators
Moderators

Male Posts : 58
Join date : 2010-01-05
Age : 41
Location : Putrajaya

http://jamal4ever82@multiply.com

Back to top Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Re: Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by matasura Tue Jan 05, 2010 11:45 pm

Adoi,gula naik,makanan pun akan naik,
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Re: Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by stylo Sat Jan 09, 2010 2:26 am

2 kupang ja.. x terasa..

patut naik kan ja rm2.. baru la negara kaya ckit...

stylo
Support
Support

Male Posts : 5
Join date : 2010-01-01
Age : 41
Location : Penang

Back to top Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Re: Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by matasura Sat Jan 09, 2010 8:27 am

stylo wrote:2 kupang ja.. x terasa..

patut naik kan ja rm2.. baru la negara kaya ckit...
aku duk perati, kat tempat aku harga air blom naik lagi...
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Re: Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by Solah Sat Jan 09, 2010 12:43 pm

Bila harga barang naik, agak mustahil untuk harga turun dah. Harga minyak turun pun kes amat jarang. Sememangnya golongan income kelas pertengahan & rendah yang menjadi mangsa. Masalah besar kepada students, orang yang baru nak kerja & golongan income kelas rendah.

Kalau orang dah bekerja, mungkin boleh dpt increment gaji atau bonus setiap tahun. Jd gaji naik 6% setiap tahun dpt tampung kenaikan mcm2 barang. Takkan kaya gak kan.

Tapi kepada org baru nak kerja, gaji basic yg dioffer company tidak berubah. Masih fixed walaupun harga barangan naik setiap tahun. Jadi makin lambat korang kerja, makin kecik nilai duit korang akan dapat bila kerja. Dan akan jadi makin mahal pinjaman education korang kalau lambat bayar.
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Harga Gula Naik 20 Sen. Empty Re: Harga Gula Naik 20 Sen.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum