Mashoor.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Persoalan dari Muallaf

2 posters

Go down

Persoalan dari Muallaf Empty Persoalan dari Muallaf

Post by matasura Wed Jan 27, 2010 9:44 pm

Salam semua,

ada seorang hamba Allah nih, dia muallaf dan peluk Islam masa tingkatan 1 (kalau tak silap) dan alhamdulillah masih menganut agama Islam sampai skrg. namun lepas SPM dia balik kampung (sebelum nih dia tinggal di Asrama Darul Falah, KL) di Cameron Highland.

banyak persoalannya yg terpaksa jawab bila dia konpius pasal Islam...
antaranya, sama ke Allah dalam kitab kristian dengan dalam Quran?
kenapa org Islam di KL tak mcm Islam pun?

namun begitu, soalan2 yg diberi aku cuba jawab dengan cara hikmah...

tetiba tadi dia sms, kata dia konpius sama ada Islam ini betul atau tak. dia rasa lagi baik kalau takda agama.
untuk pengetahuan semua, dia nih berbangsa orang asli semai. mak orang asli, dan bapa orang iban (tak pasti, tapi asal dari sarawak)
parent dan adik beradik juga muallaf, tapi minima sgt ilmunya tentang Islam...

skrg nih plan aku ialah untuk hantarkan buku2 simple macam kisah2 nabi dan sahabat...
ada plan gak nak ke sana, tgk apa yg bleh bantu...

apa pendapat yg lain?
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Persoalan dari Muallaf Empty Re: Persoalan dari Muallaf

Post by Solah Thu Jan 28, 2010 12:16 pm

Wsalam. Aku pun try bantu sikit2....

Sebagai intro, nak dakwah kepada non-Muslim / muallaf yg masih cetek agama mmg berlainan daripada dakwah sesama Muslim. Kene guna byk kaedah logik aqal untuk bagi diorg faham, lepas diorg ade asas baru boleh berhujjah dengan al-Qur'an & sunnah sikit2. Aku pun akui aku tak mahir lagi nak dakwah kepada non-Muslim.... aku tak beberapa mahir berdialog (aku tak eloquent/rhetoric) tp aku boleh menulis skit2, insya Allah. Anyway, dakwah tetap perlu kan?

Aku nak start ngan beberapa persoalan tu. Sekadar memberi penambahan, harapnya dapat bg idea utk sesape jawab in case ade orang non-Muslim tiba2 tanya.

1. Samakah Allah dalam kitab Bible & al-Qur'an?
-Muslim sembah hanya Allah. Orang Christian sembah Tuhan mereka yang terbahagi kepada 3 (Trinity) iaitu Father, Son & Holy Spirit. So Christian sembah Father (Allah), Son (Jesus/Nabi Isa) & Holy Spirit. Jadi jawapannya? YA, Qur'an & Bible mengatakan tuhan (Allah) yg sama tetapi Christian juga sembah Jesus & Holy Spirit (dalam Islam kita kata ianya Syirik - batal iman).

2. Kenapa orang Islam KL mcm hantu?
Bukan sahaja di KL tapi di kebanyakkan kota-kota metropolitan negara Islam lain, orang Islam sudah hilang pegangan agama. Bukan salah agama Islam tetapi salah orang Islam sendiri yang ramai sudah lalai daripada beriman kepada Allah. Walaupun camtu, tak kurang ramai yang masih beriman kepada Allah. Jangan hanya lihat di kota2....

3. Agama Islam betul atau tidak.
Salah satu cara berdakwah, kita cabar untuk dia cari walaupun 1 kesalahan di dalam al-Qur'an yang mempunyai 6236 ayat, yang ada certain ayat berhubungan antara surah. Cari SATU kesalahan je dah cukup. Fakta membuktikan, al-Qur'an itu flawless, tiada sebarang kesalahan sejak +1400 sampai sekarang. Malah sains pun hanya membuktikan al-Qur'an itu perfect & satu keajaiban yang hanya boleh datang daripada sumber yg divine. Lepas tu suruh cari walaupun 1 kesalahan dalam Bible. Bukan satu, beribu2 kesalahan ade dalam Bible tu....

4. Islam agama yang lengkap untuk manusia. Kita ada bank & ekonomi Islam, politik Islam, peperangan cara Islam, makan cara Islam, tidur cara Islam, tatacara berjimak secara Islam & kesimpulannya; semuanya ada panduan dalam Islam. Lihat agama lain, ade ke bank Buddha? Pelaburan cara Hindu? Cara tidur berdalil dalam Christian? Panduan perang dalam Taoisme? Agama selain Islam, hampir semuanya adat atau rekaan pengikutnya semata2 tanpa ada bukti atau kitab yang benar untuk mengesahkan amalan diorg. Diorang reka agama sendiri tetapi Islam; ianya daripada sumber divine (ketuhanan) iaitu Allah.

5. Tidak percaya tuhan.
Ambik satu senario. Matthew, seorang yang atheist (tidak percaya tuhan) berlayar sorang diri naik bot di tengah laut. Tiba2 ombak besar datang, bot terbalik bersama2 Matthew. Ketika itu, apa yang terdetik di hati kecil Matthew semasa tiada seorang manusia pun kelihatan untuk bantu: "My God, please help me....". Itulah jugak apa yang terjadi kepada ramai Atheist dikala sakit tenat yang amat, meminta didoakan orang lain agar Tuhan menolongnya. Tak percaya, boleh try sendiri....

Boleh juga dibuktikan secara scientific teramat byk perkara yang membuktikan tuhan wujud. Antaranya lihat kepada peratusan untuk bayi berjaya lahir di dunia melalui pembahagian protein . Scientifically, peratusannya tidak sampai 0.1% pun tetapi mengapa bayi di seluruh dunia boleh lahir dengan selamat? Tentu ada 'divine source' yang mengawal & memantaunya. Maka dalam al-Qur'an, dahpun disebut secara terperinci peringkat kelahiran bayi dari awal sampai habis.


6. Cadangan aku, amat elok diberi buku tentang kisah Rasulullah kerana boleh melihat peribadinya, kaedah dakwahnya & perjuangannya yang penuh dengan hikmah & mu'jizat. Kerana kisahnya really did happen some time ago... Selain tu, kalau hang dpt communicate daripada email, boleh kita sama2 go through soalan dia. Insya Allah.

Wassalam.
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Persoalan dari Muallaf Empty Re: Persoalan dari Muallaf

Post by matasura Thu Jan 28, 2010 1:18 pm

trima kaseh atas advice solah...
actually si muallaf nih baru nak masuk umur 18 tahun dan dia adalah org asli...

jawapan no 1 tu telah aku bagi kat dia..
namun nombor 2 tu bleh diterima dan 3 tu aku rasa agak berat utk minta dia wat...

dlu masa di asdaf, dia agak stress sebab mak dia di kampung sakit....kena plak masa tu dia amik spm. lagi membuatkan dia tertekan...dia memang slalu teringin nak belajar tentang Islam, dan masa dia di asdaf, aku cuba gak sampaikan apa2 yg patut...

cuma skrg nih dia dah balik kampung, dan nampak mcm xda bimbingan. dia tak bekerja, hanya duduk di rumah. bila sorang2, itu yg jadi fikir mcm2. syaitan la duk damping dia hasut mcm, yg membuatkan diri dia tergugat...

ada beberapa buku yg disyorkan oleh kawan2 yg lain...
1-indahnya hidup bersyariat ditulis oleh ust ismail kamus
2- Soal Jawab Remeh-temeh Salah Faham Tentang Islam oleh Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
3- buku tentang kisah2 nabi dan sahabat

alamat dia aku dah ada...insyaAllah nanti bleh dapatkan buku ini, bleh pos kan kat dia...
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Persoalan dari Muallaf Empty Re: Persoalan dari Muallaf

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum