Awak sudi jadi isteri kedua saya?

View previous topic View next topic Go down

Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Post by Solah on Thu Feb 11, 2010 11:38 am

Gerak kerja dakwah Ahmad berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Ahmad semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Ahmad dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Siti, melamar untuk berkahwin dengan Ahmad. Ahmad bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Siti ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Siti daripada beberapa sahabat terdekatnya, Ahmad berjumpa dengan Siti bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, Ahmad bertanya kepada Siti:

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Ahmad tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Siti ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Ahmad menerima jawapan Siti yang tenang dan yakin. Siti mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Ahmad.

"Kenapa saya?" tanya Ahmad ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Siti yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Ahmad tersenyum.

Akhirnya, Ahmad dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Siti, Ahmad terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Siti sangat membantu gerak kerja Ahmad semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Ahmad membawa Siti untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Siti. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Ahmad. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Siti juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Siti dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Ahmad sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Siti yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Ahmad menoleh sedikit ke arah Siti, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Siti riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Ahmad dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Siti, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Ahmad yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Ahmad aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Ahmad membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Ahmad berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Siti yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Ahmad menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Siti mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Ahmad.

"Tak nampak pun," Ahmad meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Siti sangat berdebar. Ahmad tersenyum lebar, memandang Siti penuh tenang.

"PERJUANGAN ISLAM, " jawab Ahmad.


Pengajaran:

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan… Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
avatar
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 35
Location : Penang

View user profile http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum