Mashoor.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia??

3 posters

Go down

Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia?? Empty Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia??

Post by Solah Thu Jan 28, 2010 10:49 am

Subject: FW: .... Apa Yang Masih Tinggal Pada Kita? : Ridhuan Tee



Saya terpanggil untuk menulis mengenai polemik kalimah Allah yang telah
diputuskan oleh mahkamah yang berpihak kepada Kristian Katolik baru-baru
ini. Penulisan yang menyokong keputusan mahkamah memenuhi setiap ruang
laman-laman web ultra kiasu tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam .
Begitulah wajah sebenarnya mereka yang selalu menuduh media lain tidak
betul, siapakah sebenarnya yang betul? Kumpulan ini tidak pernah
bersyukur, malah semakin berani menunjukkan belangnya.

Saya tidak menafikan hak agama lain untuk menggunakan kalimah Allah,
sekurang-kurangnya kalimah ini menjadi sebutan mereka, manalah tahu
suatu hari ini merekapun turut ikut bersunat. Namun, saya amat musykil,
tetapi kenapa baru sekarang menjadi isu besar? Apakah tujuan di
sebaliknya? Siapakah sasaran mereka? Sebagai umat Islam kita perlu
memahami isu ini.

Bagi mereka yang tidak menyertai NGO, mungkin mereka tidak berapa nampak
niat mereka yang sebenar. Tetapi bagi kami yang selalu berdamping dengan
NGO, kami sudah masak dengan teknik dan taktik mereka ini. Mereka tidak
akan berhenti untuk menuntut sehingga cita-cita mereka tercapai. Mereka
akan menuntut semaksima mungkin, walaupun nampak seolah-olah tuntutan
tersebut amat ekstrim. Mereka tahu, jika kerajaan tidak memenuhi
kesemuanya, sekurang-kurangnya kerajaan akan memberi sebahagian.
Sebahagian itu adalah kemenangan besar kepada mereka. Dengan sebab itu,
kerja mereka hari ini ialah menuntut dan mendesak, apatah lagi ketika
umat Islam dilanda perpecahan yang begitu melemahkan. Saya tidak fikir
mereka sebegitu berani jika umat Islam bersatu. Sejarah menunjukkan
bahawa apabila sesebuah bangsa itu kuat, biasanya ia akan digeruni.

Rakan-rakan facebook saya mengadu, ada kalangan orang Melayu Islam telah
keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Kumpulan ini begitu aktif
menjalankan kerja dakwah mereka walaupun mereka tahu ia bertentangan
dengan perlembagaan persekutuan. Hal yang sama pernah berlaku kepada
Siti Hasnah Vengarama atau Banggarma Subramaniam baru-baru ini. Kita
begitu hairan kenapa orang bukan Islam begitu berani 'menikahkan'
Banggarma dengan lelaki bukan Islam yang ternyata bertentangan dengan
perlembagaan dan salah di sisi undang-undang.

Walaupun Banggarma mengatakan bahawa dia sudah tidak Islam lagi, tetapi
beliau masih tertakluk kepada undang-undang syariah, tidak kiralah sama
ada dia beramal dengan Islam ataupun tidak. Mereka yang bertanggungjawab
menikahkan beliau, sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa agama,
sebagai tanda penghormatan ke atas agama Islam. Ironinya, sehingga kini
tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam.
Tidakkah ini dinamakan toleransi?

Saya masih ingat, apabila isu ini disensasikan, belum apa-apa lagi kita
lihat reaksi Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh
dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan
Banggarma menganut agama Hindu dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa
perlu melalui proses biasa di mahkamah. Paderi Kristian selaku presiden
MCCBCHST berpendapat, murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada
masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi
tersebut mendesak agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia
berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah dikatakan tidak layak kerana
tidak mempunyai bidang kuasa ke atas 'mereka yang tidak mengamalkan
agama Islam'.

Persoalan saya, siapakah paderi tersebut untuk mengatakan sama ada
Mahkamah Syariah layak atau tidak mengadili kes ini. Janganlah bertindak
seperti hakim. Kita harus bersifat professional dan bukan beremosi serta
bersentimen. Hormatilah kedudukan Islam selaku agama persekutuan. Ini
tidak, belumpun perkara ini dibawa ke mahkamah, mereka sudah menjadi
hakim. Saya amat bimbang jika wujud hakim seperti ini dalam mahkamah.

Berbalik kepada kes kalimah Allah ini, semua badan NGO bukan Islam
bersatu hati mahukan kita menghormati keputusan mahkamah. Ironinya,
bila keputusan menyebelahi bukan Islam, kita disuruh menghormati
mahkamah dan keputusan itu adalah keputusan yang adil, tetapi bila
keputusan menyebelahi orang Islam, kita kata mahkamah berat sebelah dan
telah dipengaruhi tangan-tangan tertentu. Adakah tindakan ini wajar?
Kenapa kita tidak bertindak secara profesional?

Apa jua alasan kita mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan
bukan Islam, mudarat dan sakitnya lebih dirasai oleh umat Islam.
Sepanjang pengamatan saya, di negara-negara barat majoriti Kristian,
kalimah Allah tidak pernah digunakan sama sekali, sama ada
digereja-gereja mahupun percakapan harian. Malah dalam filem-filem
merekapun, saya tidak pernah menonton atau mendengar kalimah Allah
digunakan.

Tidak dinafikan bahawa kalimah Allah telah digunakan di Indonesia dan
beberapa negara Arab yang lain. Begitu juga di Sabah dan Sarawak.
Persoalannya, adakah ia bermakna negeri lain perlu terikut sama?

Saya cukup hairan kenapa kita harus melayan tuntutan Kristian di
Semenanjung yang hanya berjumlah kurang dari 9 peratus, berbanding
dengan agama lain yang lebih dari itu. Seperti yang saya sebut sebelum
ini, walaupun mereka sedikit, publisiti mereka sehingga menenggelamkan
agama yang lain. Sedangkan kita tahu dari segi hak, mereka yang
beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme mempunyai lebih sedikit hak,
sebab mereka ada 22 peratus.

Pada saya, apapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama
Allah, perlu ada pertimbangan antara mudarat dan sensitiviti umat Islam
serta kesesuaiannya dengan perlembagaan negara kita. Bukanlah bermakna
kita takut dengan dakyah Kristian, tetapi berpada-padalah dengan
kedudukan mereka yang hanya 9 peratus. Kementerian Dalam Negeri dan
Majlis agama Islam negeri mesti bertindak tegas ke atas mereka tanpa
kompromi jika adalah risalah yang cuba untuk mengelirukan umat Islam.
Perkara ini amat penting bagi menghindarkan mudarat lebih besar yang
boleh menimpa orang awam Islam yang agak lemah dan mengelakkan konflik.

Justifikasi beberapa cendekiawan dan pertubuhan Islam yang tidak
melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan
mereka, agak berat juga untuk diterima. Alasan mereka, "umat Islam
tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak
menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum
Musyrikin menggunakan nama Allah". Benarkah begitu? Mereka seolah-olah
mendakwa Allah 'membenarkan' namaNYA digunakan oleh bukan Islam bagi
merujuk kepada Tuhan Bapa, Jesus, dan segala sembahan yang bathil dan
syirik itu.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami
tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin
mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati.
Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara
Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan,
mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua
14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini
ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Antara tuntutan mereka adalah, pertama: seseorang anak yang dilahirkan
oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak
boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran
agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh
mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Keempat,
tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa
ia beragama Islam. Kelima, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki
menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang
Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya
ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa
tindakan undang-undang.
Keenam, seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya
dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Ketujuh, orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya. Kelapan, kerajaan hendaklah menyediakan
dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat
orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa
untuk masjid. Kesembilan, orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan
tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci
Islam dalam percakapan dan sebagainya. Kesepuluh, bibel dalam bahasa
Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan
kepada umum secara terbuka.

Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu
hendaklah diajar di semua sekolah. Keduabelas, program-program berunsur
Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program
dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk
disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan ketigabelas:
orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam dan akhirnya,
sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia?? Empty Re: Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia??

Post by jaMaL Sat Feb 06, 2010 9:31 pm

Dah makin rumit plak jadinyer...itula punca kalau pemimpin tidak memartabatkn Islam sebagai tunjang dlm kepimpinan...
jaMaL
jaMaL
Moderators
Moderators

Male Posts : 58
Join date : 2010-01-05
Age : 41
Location : Putrajaya

http://jamal4ever82@multiply.com

Back to top Go down

Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia?? Empty Re: Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia??

Post by tariq khan Sun Feb 07, 2010 11:13 am

make a revolution like iran???anda mampu???

tariq khan
Moderators
Moderators

Male Posts : 10
Join date : 2010-01-05
Age : 41
Location : penang

Back to top Go down

Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia?? Empty Re: Kekalahan demi kekalahan umat Islam (Melayu) di Malaysia??

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum