Mashoor.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

+3
tariq khan
matasura
Solah
7 posters

Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by Solah Tue Jan 12, 2010 11:42 am

Aku tak dapat mensahihkan perbualan ni yg orang duk forward2 kat email. Tapi pengajaran daripada perbualan ni amat releven kepada kita semue. So just take it as it is.
-Solah

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Subject: Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri-menarik

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ..........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by matasura Tue Jan 12, 2010 12:44 pm

huh...
menarik gak kisahnya

pendapat peribadiku...
semua perlu diberi sama rata....
cuma sama ada kita bersedia atau tak...

negara2 lain suma sama rata...
negara kita ja yg ada univ utk 1 kaum...
negara luar ada ka mcm tu?

bila bangsa mengatasi segala-galanya, mcm2 masalah yg timbul...
contoh yg mudah...

kerja aku pernah utk bantu pelarian rohingya..
depa nih dari myanmar dan beragama islam...

ada jugak org question naper xnak bantu org2 kita (org melayu)?
org2 kita pun ramai yg susah....
aku jawabla, diorang nih umpama palestin kat msia, memerlukan pertolongan kita, cuma ramai org xtau...
(dlm hati aku jawab: ko ada bantu ke org2 melayu yg susah?)

atas muka bumi nih, suma patut diberi hak yg sama...
xkira lah dia melayu ka, cina ka, india ka...
klau nak kira dimsia nih, kelebihan utk melayu tu memang beri banyak kebaikan, tapi sedikit sebanyak akan melemahkan melayu sendiri...

p/s ini pendapat peribadiku...jgn serang aku plak yaa... Razz
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by Solah Tue Jan 12, 2010 1:57 pm

Uih ni mcm aku silap tempat posting je, ke'serious'an Mat Penang jelas terserlah. Bahagian kedai kopi ni lebih utk lepak2 kan... Heh heh.

Jom sama2 bagi pendapat & berbincang. My take:_

Seperti Mat Penang cakap, masalah di Malaysia ni berpunca daripada sikap orang Islam sendiri. Tiada yang lain dah. Sebenarnya bukan hanya Islam di Malaysia, tapi umat Islam di seluruh dunia hampir semuanya bermasalah, lemah & kurang beriman.

Asasnya, di mana sahaja, di segala zaman, di setiap lapisan masyarakat, pada setiap bangsa, ialah Islam. Islam untuk semua & tiada ruang langsung untuk diskriminasi. Berbalik kepada perbualan tu, nak tak nak kita kene imbas kembali kepada ekonomi & politik pada zaman Rasulullah. Mengapa? Kerana kerajaan kita sekarang diperintah oleh orang Islam. (tak perlu bincang sama ada ketua negara berbangsa Islam fasiq/zalim dsbnya sbb drpd dulu lagi sejak zaman Abbasiyyah/Umayyah dah ada pemimpin negara Islam yg zalim, tetapi tetap kerajaan Islam).

1. Setelah tertegaknya kerajaan Islam, orang bukan Islam di bawah kerajaan pimpinan Nabi Muhammad bebas berniaga, beragama & hidup di bawah pemerintahan Islam. Keadilan & perlindungan diberikan kepada non-Muslim. Walaupun begitu, tampuk pemerintahan & undang2 tetap di bawah orang Islam (hudud khas utk Muslim, non-Muslim lain).

2. Islam memberi garis panduan atas segala perkara, sehinggakan cara tidur, makan, berjima' sekalipun ada kaedahnya. Islam diciptakan oleh Allah dan Allah tahu segalanya tentang manusia. Ada perkara yang dilihat tidak adil bagi aqal manusia, tetapi Allah lagi Maha Mengetahui. Contohnya dalam pensaksian, 1 saksi lelaki sama dengan 2 saksi wanita. Nampak tidak adil bukan? Tetapi ada hikmahnya. Begitu juga dengan isu poligami, isu pembahagian harta dsbnya. Kenapa berbeza? Because Allah knows best about human beings.

3. Short version terus ceritaku, berikut pendapat peribadiku:
- Dalam soal ekonomi, memang secara asasnya perlu adil bagi semua kaum. Islam for all. Bukannya Islam for Malays only.
- Walaupun begitu, perlu diberi keutamaan ekonomi Islam drpd conventional. It goes case by case & tak boleh dipukul sama rata utk setiap kes. Islam agama yang tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripada agama Islam (mana al-hafiz kita, ni surah yg mana dalam AQ?)
- Pemerintahan negara & daerah Islam, perlu dikekalkan di bawah orang Islam. Ini wajib! Perlu ikut kaedah yang betul supaya tiada penindasan berlaku, tetapi amat susah dilakukan sekarang sebab kurangnya pegangan & kefahaman agama dikalangan umat Islam.
- Sejak zaman Parameswara, orang Melayu menjadi sinonim dengan Islam (sebelumnya sinonim dengan agama Hindu). Maka Tanah Melayu sekarang merupakan tanah milik orang Islam. Ianya perlu dipertahankan. Lihatlah orang Red Indian di Amerika, lihatlah orang Aborigines di Australia, lihatlah orang Afrika di South Africa (before Mandela); mereka semua hilang segala hak sebagai pemilik asal tanah mereka. Ditindas, miskin & tiada kuasa politik. Tentu kita orang Melayu Islam pun tak nak jd sebegitu bukan?
- Tegakkan sistem Islam, maka keadilan akan datang dengan semulajadi. Insya Allah. So peranan kita? Never stop learning about Islam & ilmu2 Allah yang teramat banyak di luar sana. Setelah berilmu, maka bolehlah beramal dan implement segala sistem Islam.

WA. Wassalam.


Last edited by Solah on Wed Jan 13, 2010 10:59 am; edited 1 time in total
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by matasura Tue Jan 12, 2010 5:37 pm

yaa...terang dan jelas root cause yang telah diberikan oleh Solah...
dan part ini aku setuju...
matasura
matasura
Admin
Admin

Male Posts : 133
Join date : 2010-01-01
Age : 42
Location : KL

http://www.donateforummah.com/

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by tariq khan Wed Jan 13, 2010 10:06 pm

aku suka cara hgpa berfikir dan pendapat hgpa...x smua pikiaq mcm ni..mmg bangsa important..tapi dlm islam agama didahulukan..one person ada jumpa aku kat airport tukaq duit...dia antara ngo yg pi tlg mangsa gempa padang indon...cerita dia persatuan dari agama kristian the whole world dgn fund yg byk pi tolong mangsa2 ni..and amik kesempatan utk sebar agama depa...tapi kesian umat islam yg tolong tu sikit n fund tu x sebanyak mcm depa ni..so apa yg penting????agama..

tariq khan
Moderators
Moderators

Male Posts : 10
Join date : 2010-01-05
Age : 41
Location : penang

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by LoCusS StanDi Wed Jan 20, 2010 7:58 pm

zaman kita sudah 1400 tahun berlalu dr zaman Nabi....masih relevankah Piagam Madinah yg dibuat Baginda untuk kita jdkan asas kepada kerajaan hr ini(bukan Kalam Allah yg terkandung dalam Al-Quran)???

kita kena ingat piagam yg dibuat oleh Baginda itu khas untuk org2 Arab ketika itu...walaupon berbeda agama tetapi masih org arab....situasi kita sekarang ni kita berbeda agama juga berbeda bangsa...misal kata kalau cina masuk islam sekalipun kalau adik atau abgnya yg bukan islam kena pukul ngn org mlayu islam dia masih membela adik atau abangnya....

pada aku...aku masih tidak bersetuju jika kita menyamaratakan bg smua kaum dr sudut ekonomi dan sebagainya...sedangkan tidak sama rata pon kita ditindas apatah lagi jika disamakan.....ibarat bagi betis nak paha......aku bukan bersifat rasis atau perkauman...tp itulah realiti

bagi org melayu...ni pon satu hal....keja len x dak...kira mengharapkan bantuan kerajaan jakK...ini yg perlu diubah...ttp sekarang ni kita sendiri dapat menilai org2 melayu semakin terbuka minda.....langkah yg patut kita fikirkan sekarang ini bagaimana hndak meluaskan pemikiran org2 melayu ni.....bkan sekadar mndengar tazkirah dan ta'lim di masjid...bahkan lebih dr itu.......yg dikesalkan....dalam majlis ilmu pon nak sembang politik...kutuk sana sini....pastu mengharapkan org melayu berfikiran terbuka....terbuka yg macam mana yg dimaksudkan kalau perkara ini pon masih terjadi???

satu ja aku nak tekankan kat sini....malaysia ni sebenaqnya satu negara yg sangat unik malah lebih unik dr negara2 timur tengah..sebab...bila kita memperjuangkan agama...kita akan memperjuangkan agama sehabis-habisnya....dan bila kita memperjuangkan BANGSA(MELAYU) kita TURUT MEMPERJUANGKAN AGAMA.....bukti.....peristiwa 13 Mei....

satu lg...sejarah sebenaqnya terjd untuk kita amik iktibar dari perkara lampau....bukan untuk kita copy n paste macam tu ja dr masa yg lampau......kalau kita just amik ja tanpa melakukan penambahbaikan...sama ja...kerana zaman sentiasa berubah...uruf masyarakat sentiasa terpinda.....agama masih sama...tp cara pembawakan harus berbeda.....ilmu sekarang ni bukan saja di kuliah2 tetapi turut di alam maya....jd mengapa kita masih perlu mengikut cara lama sedangkan dunia hari ini banyak jalannya.........

ini pendapat dan pandangan aku yg sangat cetek pengalaman hidup.....jika salah sila tunjuk ajar...trimas...
LoCusS StanDi
LoCusS StanDi
Support
Support

Male Posts : 48
Join date : 2010-01-16
Age : 37
Location : Bangsar

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by Solah Thu Jan 21, 2010 11:59 am

Saja aku nak sambung2 perbincangan....

Aku berpendapat orang Melayu memiliki pemahaman agama yang rendah. Ya, orang-orang kita sekarang sudah berilmu (sains, matematik, fizik dsbnya semuanya ilmu Allah), tetapi ilmu & kefahaman mereka tentang skop khusus: agama (aqidah, ibadah, fiqh) masih tak jelas & bengkang bengkok. Apabila asasnya pun tak kukuh, maka yang lain pun habis berterabur.

Orang Melayu memang sudah mulai berfikiran terbuka, tetapi ada pulak yang amat terbuka sehingga menjadi liberialis dalam pelbagai sudut.... Ada orang kita amat bijak sehingga menjadi pakar, prof dan bermacam gelaran, tapi kalau ilmu mereka ini tidak disadur dengan Islam, apa gunanya? Apa gunanya ekonomi kukuh tapi semuanya riba? Apa gunanya hebat berhujjah sebagai peguam, tapi ilmu agama dibelakangkan? Inilah krisis umat Islam sekarang. Ilmu? YES. Ilmu agama? Samar2. Jadi orang Melayu kurang bijak dalam menilai perkara agama mana yang perlu diperjuangkan? Yang mana pulak yang kurang penting dan boleh ditoleransi? Sesama Melayu kuat dengkinya, tetapi kepada bukan Melayu: 'Takpa'. Bukankah begitu?

Lagi satu isu, ada perkara lama, khususnya ibadah seperti solat, memang kita copy paste daripada Rasulullah. Rasulullah yang mengajar kita agama Islam, maka baginda ialah contoh yang terbaik. Jadi bagaimana kita nak solat seperti yang dikehendaki oleh Allah? Maka kita ikut cara solat nabi. Tetapi sememangnya dalam perkara yang lain, perlunya kaedah untuk menyesuaikan Islam dengan perubahan zaman. Soalnya kita perlu bijak untuk mengikut ulama' yang 'modernize' Islam tetapi tidak sampai terlajak mengikut ulama' liberal. Juga, kita perlu bijak bagi menilai pandangan lama/konservatif kerana ada pendapat yang boleh diguna, ada pula yang boleh ditinggalkan kerana tidak lagi sesuai dengan zaman.

Satu contoh ialah kes rokok. Mengikut Imam Syafi'e, hukum merokok ialah makruh. Pendapat nilah orang Melayu perokok ni duk jaja kat mana2 pon.Tetapi kita lihat industri rokok sekarang sudah berbeza dengan business rokok pada zaman Imam Syafi'e. Maka ulama'2 sekarang menfatwakan rokok sebagai haram. Jadi seperti locuss sebut, kita sesuaikan hukum dengan zaman, maka hukum yang releven berkaitan rokok ialah ianya HARAM. But still, tak semua perkara agama boleh diubah atau ditambah kerana perbezaan zaman.

Wallahu'alam. I welcome more discussion.
Very Happy
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by LoCusS StanDi Thu Jan 21, 2010 1:54 pm

meh kita sembang g....harap2 mmbntu mnambah pengetahuan.......

pandangan Solah ni x ada cacatnya......sungguh lengkap dan padat dengan huraian.....secara peribadi..punca pegangan agama yg tidak kuat ini adalah drpada sistem pendidikan kita sendiri.....kurikulum pendidikan yg tidak begitu menekankan tentang MakrifatuLLah....kita lihat sendiri hr....anak2 disekolah di ajar solat...ttp masih tidak bersolat....diajar mengaji Quran...dirumah da x baca dah.....sedangkan Solat itu tiang agama.......bak kata saudara Hatta di dalam laman web FB....kita hr ini sebuk dengan tiang(solat) tetapi tapaknya bagaimana?(lebih kurang macam tu la maksud dr ayatnya yg panjang lebaq).....

ingin di jelaskan bahawa tapak bagi tiang tersebut ialah Akidah....sgt dikesali...disekolah2 tidak menekankan aspek Tauhid ini yg merupakan ilmu terpenting dalam bab Akidah....terus terang kat sini....selagi mana Akidah ini tidak diterapkan didalam jiwa setiap org Islam selagi itu lah keadaan tiada bedanya.........

kalo kita telusuri pengajian Islam di universiti2 dalam negara....kalau dah amik kursus syariah...memang x diajar ilmu2 berkaitan akidah...begitulah juga sebaliknya..sedangkan ilmu agama ini perlu dikuasai dari 3 sudut yakni Usuluddin(akidah,tauhid,DSB)Fiqh, dan tassauwuf....

jadi keimanan yg macam mana yg kita dambakan sedangkan ilmu diajar tidak menepati jalan-jalan Allah....??

aku suka huraian bab rokok tu.....tp aku nak tanya satu soalan la...kalo x menjadi keberatan saudara solah mnjawab.....adakah ulama kontemporari menqiaskan haramnya rokok itu berdasarkan I'llah bisnes rokok tu??sebab yg aku tau n semua orang tau haramnya rokok itu brdsarkan ayat al Quran yg menyebut tentang merosakkan diri dan memusnahkan diri tu..aku pon x ingat ayat berapa and surah apa.....

just nak tau sebab x tau.....trimas
LoCusS StanDi
LoCusS StanDi
Support
Support

Male Posts : 48
Join date : 2010-01-16
Age : 37
Location : Bangsar

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by nazri @ mael Thu Jan 21, 2010 10:01 pm

emmmmm... lani stat dr family kita dulu... InsyaAllah... negara kita akan jd sebuah negara Islam yang sebenarnya jika semua umat Islam di Malaysia ini bermula dari family dahulu.. Very Happy
nazri @ mael
nazri @ mael
Support
Support

Male Posts : 17
Join date : 2010-01-03
Age : 37
Location : penang

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by Solah Fri Jan 22, 2010 10:46 am

Betul tu nazri@mael (apsal nama ko ade @ ni). Aku amat setuju ngan pandangan hang. Kita start daripada diri sendiri & family dulu, dan kemudian gerak masuk skit2 kepada kawan, saudara mara & seterusnya. Tapi kepada family yg background agama mmg mantap, boleh terus berdakwah kepada all Muslims & non-Muslims alike.

‘Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka..’. -Surah Tahrim, ayat 6.
Solah
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 42
Location : Penang

http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by jaMaL Fri Jan 22, 2010 8:29 pm

nazri @ mael wrote:emmmmm... lani stat dr family kita dulu... InsyaAllah... negara kita akan jd sebuah negara Islam yang sebenarnya jika semua umat Islam di Malaysia ini bermula dari family dahulu.. Very Happy

aku sokong yg nih....dari root kita sendiri da macam terabur sket...so far...sesiapa yg sudah berfamili tue...gerakkan satu generasi baru yg lebih teratur dan fleksibel...

pada masa yg sama, menghayati Islam yg syumul...dan bersedia menempuh zaman 'Islam bagai menggenggam bara api'...

Lihatlah sekitar anda...bpegang kuatlah, teruskn berjuang...umat Islam kini da semakin lemah (part menjaga solat yg paling aula' sekali)
jaMaL
jaMaL
Moderators
Moderators

Male Posts : 58
Join date : 2010-01-05
Age : 41
Location : Putrajaya

http://jamal4ever82@multiply.com

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by LoCusS StanDi Fri Jan 22, 2010 9:45 pm

cakap pasal keluarga meh aku nak kongsi sket pasal keluarga didikan yahudi ni...baca la....baik untuk yg baru nak menimang anak....cubalah...

(Kajian PhD) Rahsia bagaimana yahudi jadi manusia terlampau bijak
dikirim oleh Mohd Rozman Bin Omar

Kajian PhD oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Oh! Mengapa Yahudi Bijak?
Agaknya mengapa orang yahudi bijak? Dan percayalah, sekuat mana pun kita memboikot produk-produk mereka, mereka pasti akan hanya tersenyum sinis. Mungkin bagi mereka peduli apa ye tak? Hurm, mengapa mereka tak pernah heran? Baca artikel di bawah. Sebuah artikel yang sangat bagus malah terlalu bagus untuk semua!
Jika korang memang pemalas nak baca artikel panjang-panjang, korang tetap jugak dinasihatkan untuk baca. Please lah baca!!
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembaCool. Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?
US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan
3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang
5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
LoCusS StanDi
LoCusS StanDi
Support
Support

Male Posts : 48
Join date : 2010-01-16
Age : 37
Location : Bangsar

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by AbuAbrisam@ad-Dabusi Sat Mar 06, 2010 11:34 pm

LoCusS StanDi wrote:

aku suka huraian bab rokok tu.....tp aku nak tanya satu soalan la...kalo x menjadi keberatan saudara solah mnjawab.....adakah ulama kontemporari menqiaskan haramnya rokok itu berdasarkan I'llah bisnes rokok tu??sebab yg aku tau n semua orang tau haramnya rokok itu brdsarkan ayat al Quran yg menyebut tentang merosakkan diri dan memusnahkan diri tu..aku pon x ingat ayat berapa and surah apa.....

just nak tau sebab x tau.....trimas

Din,

Pengharaman rokok ni sebab utama dia ialah berdasarkan firman Allah ni :

(2:195)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Tengok ayat yang di'bold'kan tu...terutama ayat "janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan"

So, ni dah jelas...hukum haram ni adalah yg komtemporari dan paling tepat untuk umat kita zaman sekarang ni...hukum makruh atau hukum makruh tahrim bgi mazhab hanafi ni aku rasa dah tak relevan dengan zaman sekarang....tengok sendiri lah kandungan rokok tu macamana....baik makan racun tikus je...

Tapi antara sebab lain jugak macam hang cakap I'llah bisnes tu sendiri...macam kita semua tau rokok ni kebanyakannya dari Yahudi...so, faham2 la hasil pendapatan tu depa salurkan ke mana....
AbuAbrisam@ad-Dabusi
AbuAbrisam@ad-Dabusi

Male Posts : 24
Join date : 2010-03-06
Age : 37
Location : Kamunting & Shah Alam

http://purnamanilaart.blogspot.com/

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by LoCusS StanDi Sun Mar 07, 2010 1:25 am

oOo...macam tu....kalo macam tu minum air gas pon boley la dikira sebagai meletakkan diri sendiri kelembah kebinasaan....ada ja orang mati sebab minum air gas hr2...tp x haramkan plak....cna tuh??
LoCusS StanDi
LoCusS StanDi
Support
Support

Male Posts : 48
Join date : 2010-01-16
Age : 37
Location : Bangsar

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by AbuAbrisam@ad-Dabusi Sun Mar 07, 2010 11:11 am

LoCusS StanDi wrote:oOo...macam tu....kalo macam tu minum air gas pon boley la dikira sebagai meletakkan diri sendiri kelembah kebinasaan....ada ja orang mati sebab minum air gas hr2...tp x haramkan plak....cna tuh??

sebenarnya makan apa pun kalau lebih boleh mudarat...makan ulam lebih pun mudarat..hehe

rokok ni sebab dah jelas 'keracunan'nya....dan banyak lagi dalil sebenarnya yang menunjukkan keharamannya...
AbuAbrisam@ad-Dabusi
AbuAbrisam@ad-Dabusi

Male Posts : 24
Join date : 2010-03-06
Age : 37
Location : Kamunting & Shah Alam

http://purnamanilaart.blogspot.com/

Back to top Go down

Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri Empty Re: Email Fw: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum