BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

View previous topic View next topic Go down

BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by hafiz hamid on Tue Jan 05, 2010 9:34 pm

BILANGAN AYAT AL-QURAN 6666?

Dengan nama Allah, kerana dengan namaNya itu tidak ada sesuatupun yang dapat memberi mudarat di bumi dan di langit...

Yang Dikenali di Kalangan Rakyat Malaysia...

Bulan depan anak dara Mak Ngah yang baru balik dari Mesir nak kahwin dengan putera diraja. "Berapa hantarannya?" sapa jiran kepada Mak Ngah.
"Aik! Enam puluh enam ribu enam ratus enam puluh enamlah, ayat Qurankan enam enam enam semuanya" jawab Mak Ngah dengan penuh yakin.

Jadi pada tanggal 6/6/06 tarikh keramat telah dipilih untuk majlis perkahwinan diraja yang cukup bermakna ini. Siangnya upacara akad nikah di masjid simpang Enam dan kenduri makan nasi hujan panas oleh Katering Enam bersaudara. Malamnya majlis khatam al-Quran oleh dua mempelai untuk habiskan bacaan 6666 ayat al-Quran bagi mendapat keberkatan dari Allah swt untuk mereka berdua, ujar Mak Ngah kepada jiran tetangga.

Betul ke Mak Ngah?

Benarkah bilangan ayat al-Quran sebanyak 6666 ayat?

Jawapannya adalah salah. Mari kita lihat perbahasan ulama dalam hal ini.


Perbahasan Ulama

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), dan permulaan ayat.

Mulanya mari kita lihat berapa bilangan ayat al-Quran yang sebenarnya di sisi ulama seperti berikut :

1) Di sisi Ulama Kufah terbahagi kepada 2 pendapat :
i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.Inilah yang perlu dipegang oleh umat Islam.

2) Di sisi Ulama Madinah (kelompok pertama) terbahagi kepada 2 pendapat juga :
i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6214

3) Ulama Madinah (kelompok kedua) - 6214

4) Ulama Makki - 6210

5) Ulama Syam terbahagi kepada 3 pendapat :
i) Pendapat pertama - 6226
ii) Pendapat kedua - 6227
iii) Pendapat ketiga (pendapat Ulama Himsi) - 6232


Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?

Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.

Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambilkira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Nabi saw.

Nabi saw sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda saw :

"Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang berikutnya ".
( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)

Sini bermaksud, bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Sukanya mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi saw atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Berkata Abdullah bin Umar ra :

"Sesiapa yang membaca ketika malam sepuluh ayat maka dia tidak ditulis dari al-ghofilin (golongan pelupa), dan sesiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis dari al-qonotin (golongan yang taat dan khusyuk), dan sesiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis dari al-fa izin (golongan yang berjaya)."
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).

Berkata Tamim al-Dari dan Fadholah bin 'Ubaid :

"Sesiapa yang baca lima puluh ayat pada waktu malam maka dia ditulis dari golongan al-hafizin (golongan yang menghafaz)".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3447).

Dan sabda Baginda saw :
"Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak". Mereka bertanya : "Apa dia qintor?" Maka Sabda Baginda : "Dua belas ribu".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).

Oleh kerana hal demikian, haloba yang bersangatan para sahabat ra dan umat Islam selepas itu mengira-ngira dengan jari-jemari mereka di dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan ayat yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah dijanjikan.

Di situ, ada kemungkinan sahabat A yang sedang solat di belakang Rasulullah saw mengira ayat yang dibaca oleh Baginda saw adalah sebanyak sekian-sekian. Kemudian dia keluar kota demi urusan dakwah dan sebagainya. Di hari yang lain pula, Baginda saw baca dari surah yang sama tapi sahabat B pula kira ayat tersebut dengan bilangan yang berbeza dari sahabat yang pertama tadi. Mungkin ada perbezaan dari segi cara berhenti dan cara mengambil ayat semula oleh Baginda saw pada dua malam tersebut. Maka, akhirnya sudah tentu ada jalan periwayatan yang berbeza dengan maklumat yang berbeza.

Sebagai contoh Nabi saw bersabda :

"Fatihah al-Kitab dia adalah tujuh ayat yang sering diulang-ulang"
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3372)

Ulama Kufi dan Makki mengira (( بسم الله الرحمن الرحيم )) sebagai satu ayat, dengan mengambilkira dari riwayat Ummu Salamah ra bahawa Nabi membaca : "(( الحمد لله رب العالمين )) kemudian Nabi berhenti, (( الرحمن الرحيم )) kemudian berhenti, dan Nabi Membaca (( ملك يوم الدين )) (tanpa Alif Mad).
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Turmizi)

Abdu Khair berkata : "Ali pernah ditanya tentang السبع المثانى ". Maka beliau menjawab : (( الحمد لله رب العالمين )) sehingga akhir, kemudian ditanya : "Semua itu enam ayat sahaja". Maka beliau berkata: (( بسم الله الرحمن الرحيم )) adalah satu ayat.
(Riwayat al-Darqutni dan al-Baihaqi di al-Kubra).

Sedangkan ulama Fawasil yang lain tidak mengira basmalah sebagai satu ayat, bahkan mengira (( أنعمت عليهم )) sebagai satu ayat pula.

Selain dari itu, para sahabat melihat dari sudut kesamaan hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), ini juga adalah satu faktor kerana berlaku perbezaan dalam mengira bilangan ayat al-Quran.

Sebagai contoh dalam surah al-Naas :
Setengah ulama mengira (( من شر الوسواس الخناس )) sebagai hujung ayat, sedangkan sebahagian yang lain hanya mengira setakat (( الوسواس )) sebagai hujung ayat.

Demikianlah sebahagian faktor penyebab berlaku perbezaan dalam menentukan bilangan ayat al-Quran yang sempat saya muatkan di sini.

Untuk lebih mengetahui faktor-faktor tersebut perlukan kepada perbahasan yang panjang dan secara khusus. Namun di sini sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Adapun di masa lain akan saya kupaskan pula dari sudut menentukan bilangan ayat ini adakah dari ijtihad para ulama ataupun ada asas dari Baginda saw, serta faedah ilmu ini dibincangkan. Wallahu a'lam

credit to akhi M.Suhaimi M.Ardzi ahliquran.blogspot.com
avatar
hafiz hamid

Male Posts : 11
Join date : 2010-01-05
Age : 35
Location : Penaga, Penang

View user profile

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by Solah on Thu Jan 07, 2010 12:03 am

hafiz hamid wrote:ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.Inilah yang perlu dipegang oleh umat Islam.

Na'am. Inilah peganganku dan pegangan anda semua. Insya Allah.
avatar
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 35
Location : Penang

View user profile http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by nazri @ mael on Thu Jan 21, 2010 10:14 pm

terima kasih.. baru ana taw.. syukran jazilan..
Very Happy
avatar
nazri @ mael
Support
Support

Male Posts : 17
Join date : 2010-01-03
Age : 30
Location : penang

View user profile

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by ahlipulau on Sat Jan 23, 2010 6:46 pm

Solah wrote:
hafiz hamid wrote:ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.Inilah yang perlu dipegang oleh umat Islam.

Na'am. Inilah peganganku dan pegangan anda semua. Insya Allah.


ya.tringat kat buku KKQ plak..walaupun x msok..kah3
avatar
ahlipulau

Male Posts : 3
Join date : 2010-01-23
Age : 24
Location : Balik Pulau,Penang

View user profile

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by Solah on Mon Jan 25, 2010 1:10 pm

KKQ tu buku ape? Kelas kemahiran al-Quran ke?
avatar
Solah
Admin
Admin

Male Posts : 97
Join date : 2010-01-06
Age : 35
Location : Penang

View user profile http://yusufmumtaz.blogspot.com

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by ahlipulau on Fri Jan 29, 2010 5:48 pm

yup2..btoi3..
avatar
ahlipulau

Male Posts : 3
Join date : 2010-01-23
Age : 24
Location : Balik Pulau,Penang

View user profile

Back to top Go down

Re: BILANGAN AYAT ALQURAN 6666?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum